Wednesday, April 2, 2008

Kesilapan menilai blogger

Sebelum pilihanraya yang ke 12 dahulu kedengaran suara-suara sumbang yang mengutuk para-para blogger yang pro pembangkang. Mereka ini tidak langsung mengambil inisiatif untuk memerhatikan apa yang di perkatakan dalam blog tersebut. Sedar tidak sedar kita sudah melangkah ke era baru di mana zaman sekarang ini rakyat sudah tahu menggunakan internet dan internet juga menjadi medium untuk menyampaikan segala berita tidak kira sama ada berita itu adalah benar mahupun tidak. Rakyat sekarang sudah pandai menilai buruk baik sesuatu berita tersebut. Oleh kerana itu medium media televisyen dan akhbar kini sudah tidak berapa berkesan untuk menarik minat rakyat apatah lagi dengan akhbar-akhbar tempatan seperti utusan berita harian yang pro kerajaan dan kurang mendedahkan kebaikan yang di lakukan oleh pembangkang. Ini menjadikan akhbar ini di anggap sebagai berat sebelah. Jika di lihat pada waktu sekarang berdasarkan tinjauan saya di kedai-kedai yang menjual akbar, akbar utusan malaysia,metro, berita harian semakin kurang permintaan berbanding akhbar harakah yang amat laku. Trend rakyat kini sudah berubah. Kerajaan sepatutnya menyelami jiwa pemuda-pemuda. Pemuda merupakan pewaris bangsa. Hati pemuda haruslah di tawan demi untuk kesinambungan politik dalam kerajaan Barisan Nasional terutamanya UMNO haruslah di perkasa kembali.Jika di lihat pada waktu ini, golongan pemuda banyak menghabiskan masa dengan melayari forum-forum yang tersedia untuk memberikan komen dan biasanya pada sekarang ini mereka lebih pro pembangkang. Satu usaha haruslah di lakukan untuk memperbetulkan kembali hala tuju UMNO serta Barisan Nasional. Kehendak rakyat hendaklah di perhalusi dan di ambil tindakan susulan secepat mungkin.