Monday, March 31, 2008

Senario Politik Tsunami 8 March 2008

Saya bagaikan bermimpi apabila terdengar desas-desus mengatakan malaysia akan mengadakan pilihanraya umum yang ke 12. Di ikuti pula kedengaran suara-suara sumbang meminta Pak Lah mempercepatkan pilihanraya yang ke 12. Seperti yang kedengaran akhirnya Pak Lah mengumumkan pembubaran Parlimen di ikuti pula negeri-negeri membubarkan kerajaan masing-masing.Selepas itu bermulalah perang-perang poster yang maha hebatnya. Di Batu Kurau ini sendiri kelihatan banyak poster-poster dan bendera yang di pasang oleh ahli-ahli dari parti PAS dan PKR sebelum waktu yang sepatutnya di pasang. Sewaktu ini kelihatan jelas yang pemikiran penduduk di batu kurau ini sudah beralih ke pembangkang. Barisan Nasional pula seolah-olah senyap. Barisan Nasional masih belum memasang apa-apa pun bendera mahupun poster.setelah tempoh kempen bermula barulah kelihatan bendera-bendera di pasang dengan banyaknya di sekitar pekan batu kurau dan di jalan-jalan besar. Masing-masing sibuk berkempen mengikut fahaman dan kepercayaan kepada parti masing-masing. Pada masa inilah jelas kelihatan yang di kalangan melayu sudahpun berpecah belah. wujudnya perasaan memboikot antara satu sama lain. Saudara mara sudah tidak bertegur sapa oleh kerana berbeza fahaman politik.

Pada dua hari terakhir tempoh berkempen satu acara konvoi bermotor di anjurkan. Sepanjang perjalanan konvoi saya bersama-sama rakan-rakan yang lain dari Ulu Sepetang ke Selama, suatu fenomena yang menabjubkan apabila kelihatan kaum india berada di bilik gerakan Pas. Tidak ada seorang pun orang melayu di situ melainkan bangsa itu sahaja. Di situ saya dapat rasakan yang isu hindraf yang di bawa telah berjaya mempengaruhi pemikiran kaum india yang rata-ratanya adalah buruh dan tinggal di estet.mereka yang dahulunya amat setia pada kerajaan Barisan Nasional kini telah berpaling tadah. mereka menjangkakan yang kerajaan sekarang sudah tidak mampu untuk membela nasib mereka dan kerajaan baru yang di dominasi oleh kerajaan pas,pkr dan dap la yang dapat membantu dan membela nasib mereka.

Setelah selesai pilihanraya, saya menantikan keputusan yang di umumkan dengan penuh kesabaran. satu persatu nama di calon dan kawasan bertanding di umumkan kebanyakannya pada mulanya di menangi Barisan Nasional. Namun setelah hampir 2 jam menyaksikan saya merasa amat terkejut apabila mengetahui kerajaan pulau pinang telah tumbang. kedah juga kebanyakannya telah di kuasai pas pkr. keesokan paginya saya keluar awal untuk membeli akhbar utusan. Alangkah terkejutnya bila membaca tajuk di muka hadapan yang mana beberapa kerajaan negeri telah tumbang dan gagal pula merampas kelantan.

Semasa itu kedengaran ahli-ahli di kalangan pas dan pkr di batu kurau bersorak riang masing-masing mendabik dada tanda megah atas kemenangan pembangkang di perak.

Peristiwa tsunami pilihanraya ini telah meninggalkan kesan yang amat jelas yang rakyat inginkan perubahan. yang mana perubahan tersebut adalah perubahan yang di janjikan oleh para pembangkang dalam manifesto. Rakyat di Perak inginkan perubahan. Namun apakah jenis perubahan di sini saya sendiri tidak memahami.

Kini Perak sudah pun menubuhkan kerajaan baru di bawah pimpinan PAS sebagai menteri besar dan seorang exco dari PAS,6 exco dari DAP serta 3 daripada PKR. semoga segala manifesto yang dijanjikan semasa pilihanraya akan di tunaikan.

Sunday, March 30, 2008

Assalamualaikum

Ini merupakan blog saya kelima yang mana kali ini saya mengutarakan kupasan semasa sebagai tajuk utama. Di sini saya akan membuat kupasan tentang senario politik yang berlaku di malaysia serta juga beberapa isu-isu selagi tidak melibatkan unsur-unsur fitnah dan menyalahi undang-undang. nantikan kupasan yang pertama saya...